S E R E N I T Y
A L I A S O L E H


Me?
Down to earth, yet is reaching high to the sky. Allahumma Ameen.


L I G H T . U P



G R A C I A S



Edited By: Suhaila
Full-Edit by: AqilaPanjang


Bumi Itu.

Dengan Nama Allah, Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Penyanyang.

(Sila tekan butang pause andai muzik iringan dirasakan menggangu pembacaan. Eheh :) )

"Ya Allah, Kau ikatlah hati-hati kami, Jangan sesekali kau biar ia terlerai, Biar nanti, beripimpin tangan kami menuju Firdausi."

Ameen.



Aku rindu bumi itu.

Sangat. Rindu.

Aku rindu suasananya.

Pagi-pagi berlari merentas court aspuri,
Petang, berlari lagi,
Malam, masih perlu berlari,
Hinggakan,
Saat melihat tumit kasut sahabat-sahabat pecah bila tiba waktu inspection,
Senyum.
"Ni mesti sebab banyak sangat lari"
Semua tak mahu nama dicatit KP yang setia menunggu di hadapan pintu aspuri.
Countdown KP untuk turun Dewan Makan, keluar ke kelas persediaan,
Fuh mendebarkan !

Tapi,
Ada juga yang jenis rilek saja,
Saat diambil nama pun,
Dia sudah biasa.
Saat orang lain berlari berebut-rebut nak melepasi pintu gate aspuri sebelum KP announce,
"Nama pelajar yang lewat akan diambil."
Dia masih mampu berjalan santai, senyum.

Dan ada yang,
Sebelum KP buat announcement pun,
Awal-awal lagi, dah keluar dulu.
Aku kagum dengan mereka-mereka ni.
Selalu, bila aku baru terkedek-kedek nak turun tangga, dah nampak lampu kelas dari jauh dah dibuka. Kelas 505. Asyihah rajin !

Huh. Pelajar-pelajar di bumi itu, biar tudungnya semua labuh (walaupun macam-macam fesyen boleh dilihat) (Oh, Iffah, aku rindu nak tengok kau pakai tudung yang nampak macam bentuk ikan pari dari belakang kau tu).
Walau semuanya manis molek berbaju kurung,
Karenahnya pelbagai.
Aku rindu setiap satunya.

Bumi itu,
Biar ia simpan kenangan pahit bagiku,
Yang manisnya lebih banyak.
Hari pertama masuk,
Berkenalan dengan Fahimah dari Bote. Aku fikir,
"Dia punya loghat lain betul."
Farihah a.k.a Papa, pinjam baju kurung masa first day nak turun dewan makan. Makan malam. Baju dia tak iron lagi katanya.

Mula-mula.
Homesick.
Bila solat maghrib, akak-akak yang sangat loving dan caring, usap belakang badan, memujuk.
Tapi, mata ni lain pula fikirnya,
Makin deras air mata keluar.
16 tahun. Menangis ingat umi walid.

Lama-lama.
Seronok.
Walaupun ada ketikanya, rasa mahu tewas. Mengalah.
Tapi sahabat-sahabat, akak-akak, guru-guru,
Ibarat menjadi tiang penahan,
Biar aku terus berdiri tegak. Kukuh. Ampuh. Kuat.

Mula-mula masuk kelas,
Paling takut dengan Madam Norasiah. Nampak macam garang.
Tapi, beliau, sangat baik, sweet, kelakar, sempoi, cantik orangnya. Selalu pakai baju kurung pahang koak-kotak. Rajin pergi gym ! (Tapi bagi aku, bumi ni dah boleh kalahkan gym. Tiap-tipa hari exercise.) Ajar physics. Habis kelas, ucapan 'I love you' yang aku beri untuknya, selalu dibalas dengan ' I love you too'. And that made my day. Senang hati aku dengar. Sayang Madam ! :)  Madam dah bersara, dan aku tak sempat hadir majlis persaraan madam.

Kalau Allah izin,

Suatu hari bila aku dapat jumpa madam balik,
Aku nak peluk dia, and cakap, 'I love you', lagi sekali.

Balik sekolah,
Bergegas solat, ,makan tengahari (selalu lauk ikan), lari pergi prep balik.
Penat, tapi seronok.

Petang, duduk Dm,
Baca ma'thurat.
Waah, rasa penat dari pagi sampai petang, hilang.
Penangan ma'thurat ? :)
Masa tingkatan 4, duduk depan Papa dalam DM. Rajin tolong ambilkan nasi. Sayang Papa !

Nak maghrib,
Surau Al-Muqarrabin bergema dengan suara-suara orang baca al-Quran. Masa Form 4, panas sikit. (Sikit saja). Tapi akhir form 4, sejuk. Sebab ada air-cond (Terima kasih PIBG ! :) ). Tapi akak Rasyidah cuma bagi buka air-cond, time maghrib-isya' sahaja. Jimat elektrik katanya. :) Lepas maghrib, selalu ada tazkirah. Wajib bawa buku tazkirah yang akak-akak bagi. Khaula Nubla dapat award buku tazkirah paling cantik. :) (Nama awak hijau, sebab awak warga Thariq ! :D )
Naik form 5, Qurra yang sambung tugasan kak Rashidah dulu. Kecil dan comel. Berkaca mata. Putih. Pandai cakap cina ! Plus, rajin ! Sangat rajin ! Batch saya ni.. :)

Malam sebelum tidur.
Ha, ni macam-macam gaya boleh jumpa.
Baca Al-Mulk.
Ada yang mata terbuka luas. Segar. Tak mengantuk.
Ada yang dah kuyu mata.
dan ada yang terus tertidur. Mata tertutup, tapi mulut terkumat-kamit baca Al-MUlk. Nampak tak betapa mereka berusaha nak baca ma'thurat.
Waktu ni lah, banyak sesi urut belaknag, tumbuk tapak tangan, cubit jari berlaku. Semuanya kerana satu. Nak bagi kawan-kawan dapat pahala sekali baca Al-Mulk dengan kita. :')

Lepastu, inspection.
Waktu paling seronok bagi aku.
Tambah-tambah, bila istana Sultan Alam Shah tu buka lampu dia.
Masing-masing bersadai di korridor, menikmati pemandangan yang jarang-jarang ada.
Waktu ni, ketua dorm and ketua inspection la paling sibuk.
Sibuk memastikan anak-anak buahnya menjalankan tanggungjawab masing-masing. Kadang-kadang, samapi terpaksa tidur lambat daripada orang lain. Sayang Papa, Hanizah, Amal, (aku lupa lagi yang lain). 

Bila dah lambat sangat,
Nanti bergemalah suara cikgu kesayangan, Cikgu Nani, suruh tidur.
Cikgu Nani sayang kami, tak nak anak-anak murid beliau tak cukup tidur, nanti letih, mengantuk katanya. <3 Cikgu Nani.

Ok.
Banyak lagi nak cerita.
Banyak sangat.
Tapi dah lewat malam ni.
Esok 1 Mei.
Nak pergi Port Dickson.
Mungkin boleh terserempak dengan Nur Ain Asilah. KR Paling Garang :)
InshaAllah, akan disambung. (Tak boleh nak nama awak warna kuning, nanti tak nampak. Tak apa, Still proud to be Alienz :) )

Nanti sambung lagi.

Sungguh Allah, aku rindu bumi itu, dan seluruh isinya.