
|
A L I A S O L E H ![]()
| Dilema Nafsi.. Assalamualaikum..Hari ini, saya pergi jalan-jalan sekitar Klang, Shah Alam, and Cyberjaya dari pagi sampailah ke petang.. Fuh, penat.. Niatnya bukan untuk makan angin, tapi untuk menyelesaikan urusan sekolah menjelang 2011 nanti. Maklumlah, dah naik ke tingkatan 4, macam-macamlah yang nak kena buat. SBPlah, SMKAlah, semua ada.. Tapi yang bestnya, atas bantuan Garmen yang banyak berjasa, sempat jugalah menjamu mata, menjejakkan kaki ke sekolah idaman, Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ).. Perut yang sedari tadi mendendangkan lagu rock beransur mengalun lagu balada..Tekak yang dahaganya tidak terkira beransur lega pabila mata menatap dan tertacap pada bangunan KISAS tersergam indah.. ( ceh, nak bodek ni..) Nak hantar sijil la kononnya, tup tup, sijil tu bukannya perlu dihantar ke KISAS, tapi ke KPM di Cyberjaya..dan itulah destinasi saya seterusnya.. CUMA, ni part yang penting ni. Kekadang terfikir, benarkah, saya punya kekuatan untuk hidup berdikari, setelah duduk berkepit dengan umi dan walid dari kecil sampailah umur mencecah 15..Sayang pula rasanya nak tinggalkan rumah, katil yang tak seberapa empuk, bantal busuk yang sudah banyak dilakar peta di atasnya (saya tak ada bantal busuk pun, buat gimik saja ni..haha), kucing-kucing yang comel belaka, TV yang sentiasa menggoda, dan laptop yang banyak berjasa..Haha.. Tapi ni semua dunia semata-mata kan ? So, apa yang nak dikhuatirkan, apa yang nak digentarkan ? Muslim hebat mesti berani sahut cabaran, setakat duduk asrama, apalah sangat kan, kan ? Macam mana nak jadi first-class muslim yang mempunyai world-class mentality kalau duduk asrama dan belajar berdikari pun tak mampu..? Jadi, jangan dilayan kehendak hati, usah digentar cabaran yang menanti..Nafsi mesti dan harus BOLEH dan berani !! ^_^ p/s : The phrases first-class and world-class mentality are actually KISAS's vision that's written on the wall. I like it..Oh, and please pray for me too OK ? Labels: Hayati |