S E R E N I T Y
A L I A S O L E H


Me?
Down to earth, yet is reaching high to the sky. Allahumma Ameen.


L I G H T . U P



G R A C I A S



Edited By: Suhaila
Full-Edit by: AqilaPanjang

|

Dilema Dia...


Huhu..

Cuba tengok tajuk !

Dia dilema??
Siapa dia??
Berkenaan apa??
Entah.
Saya sendiri pun keliru.

.......................................................................................( hilang idea sekejap )


Ok.. dah dapat dah !

Hmm.. mungkin post ni akan jadi agak panjang sedikit.. Jadi, siapa yang tidak punya kebolehan menahan mata membaca tulisan yang kecil ini.. sila tutup site ni..  ( seriously, that wouldn't be a big deal ) 
Ada ke yang sudi baca ? ( haih ) =)

Ok..
Before Mimi went to this prestigious school of hers ( huh? ), she studied at this school A.

Berbeza dengan suasana sekolahnya sekarang nih, sekolahnya yang dulu tak adalah ramai pelajar yang betul-betul terbimbing akhlaknya..
Ish..
(hasil tulisan ini tiada kena mengena antara yang masih ada ataupun dah tiada.. jadi janganlah terasa pula ya? n_n )

Macam ni lah ye..
Mimi ni bolehla dikatakan antara pelajar yang 'berbeza' ( yang positif ok! ) berbanding pelajar yang lain..
Rupawan, bijak, baik dan kalau dia berbicara.. pasti semua ( majoriti je ) yang akan ternganga ! Itulah penangan hebat si Mimi ni..

Seriously, boleh dikatakan semua orang sangat adore mimi ni..
Jejaka-jejaka yang berani mencuba nasib untuk mengusha si Mimi, hanya akan kecewa..
Sebab apa?
Mimi ni memang sangat-sangat menjaga batas pergaulannya dengan kaum adam ni..
Mungkin sebab dia pemalu?
Tapi, ada juga mereka-mereka ni kata dia sombong sebab dia tak berminat membuang masa melayan senda gurau mereka tu.. (yeke?) ..kesiankan?
Pelajar-pelajar lelaki mengibaratkan dia sebagai 'dreamgirl' a.k.a 'gadisidaman'.
Siapa tak nak gadis solehah, cantik, pandai pula tu.. Memang pakej yang paling sempurna.
Cikgu-cikgu pun sangat sayang dengan Mimi.

Disebabkan Mimi ni berhasil mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR, dia ditawarkan pergi ke sekolah yang bolehla dikira berprestij juga..

Seronok!
Itulah perasaannya!
Fikirnya, di sana nanti ramai yang satu kepala dengannya.. Satu kepala dalam apa?
Yalah, sekolah tersebut menempatkan pelajar-pelajar pintar belaka, terkenal dengan Biáh Solehahnya (suasana solehahla.. yang baik).. 
Pelajar-pelajar di situ memang diajar secara terperinci berkenaan cara hidup muslim ni.. Lebih-lebih lagi pergaulan antara lelaki perempuan..
Jadi, sangka Mimi.. pasti seronok kalau semua orang sama dengannya.. Tidaklah dia terasing seperti alien sahaja..

Namun,
Menjejakkan kaki di sekolah baru, membuka sebuah lembaran baru untuknya..
Masalah pula yang dia hadapi..
Tidak..!
Sekolah itu tiadalah masalah sangat..
Cuma.. yang bermasalah kini ialah DIA !
Kenapa? Apa yang terjadi?
(bersambung)
Macam drama televisyen pulak..
Sebenarnya, saya dah tak larat nak menaip + mengantuk dengar muzik di blog saya sendiri :)
Tunggu.. (ceh!)





p/s : Mimi mimi.. =_=''