S E R E N I T Y
A L I A S O L E H


Me?
Down to earth, yet is reaching high to the sky. Allahumma Ameen.


L I G H T . U P



G R A C I A S



Edited By: Suhaila
Full-Edit by: AqilaPanjang

|

Selamat Ya Umi and Walid !

Salam alaik..

Akhirnya setelah hampir SATU MINGGU (lama tahu?) tak berjumpa dengan rumah saya ini, Allah masih lagi beri saya peluang menjejakkan kaki di sini..

Kali kedua naik KTM nak balik rumah.. macam-macam gelagat manusia saya nampak.. ada yang buat saya senyum, ada juga yang buat saya rasa nak nangis.. Saya ini, jenis manusia yang suka memerhati. Jadi kalau anda tiba-tiba berasa panas telinga dan seram bulu roma.. Mungkin saya sedang memerhatikan anda ... ~~hih.. ( sudah cuak ? )



Ok!
Hari ni dah pun 9 zulhijjah, maknanya beloved umi and walid saya serta semua jemaah haji akan wuquf di Arafah, antara rukun terpenting haji..

Oh ya !
"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." 
(Hadis riwayat Muslim). 
Jom tambah pahala.. !


Aduh, pasti seronok kalau saya berada di sana, menghirup sepuas-puasnya nikmat Allah yang melimpah-limpah.. Membasahkan semula laman hati yang dah mula nak gersang...

Tak apa.. saya selalu doa, biar Allah kabulkan hajat saya nak ke sana ! (doakan saya dan saya pun mendoakan anda juga ! ) =)

To umi and walid and semua tetamu Allah, saya sentiasa doakan kalian,, biar dapat semua rahmat yang Allah curahkan secara maksimum ! Biar Allah kurniakan kalian kesabaran dan ketahanan yang lebih tinggi daripada langit !..~~ Sayang umi walid..

Ni lagu yang Husna Najihah suruh saya dengar dan saya suka ! Terima kasih Husna !.. =)



p/s : Hidup rasa lebih manis bila kita ada Allah, Nabi, keluarga, dan sahabat yang kita bina ukhwah dengannya kerana Allah... (=