S E R E N I T Y
A L I A S O L E H


Me?
Down to earth, yet is reaching high to the sky. Allahumma Ameen.


L I G H T . U P



G R A C I A S



Edited By: Suhaila
Full-Edit by: AqilaPanjang

|

Awak, Saya, dan Allah...




Susahkan.. nak jadi orang yang baik..


Susahkan.. nak jadi orang yang hebat..


Susahkan.. nak buat semua orang suka dekat kita..


Susahkan.. bila kita tengok ada yang lebih baik daripada kita..
Kita cuba nak jadi macam dia..
Tapi kita tak mampu..
Sekeras mana pun usaha kita..


Susahkan.. bila hidup kita ni..
Penuh dengan negative thoughts..

Semua yang baik, kita akan putar jadi benda yang buruk..
Yang buruk, kita putar bagi jadi lebih teruk..


Susahkan.. bila dalam hati ni sarat dengat penyakit..
Penyakit yang susah nak baik..
Dengki, buruk sangka dan iri hati..

Kita tahu itu tak baik..
Kita cuba elak..
Tapi penyakit tu tetap datang balik..


Susahkan.. kalau kita fikir sempurna adalah segala-galanya..
Hidup tak akan pernah selesa..
Hanya penuh dengan seksa, duka dan lara...


Susahkan.. nak berubah..
Beribu kali kita cuba..
Tapi tak pernah berjaya..


Susahkan.. bila kita rasa kita dah jauh..
Jauh daripada Allah..
Semua jadi tak kena..
Ada sahaja balanya..
Hati resah, tak pernah rasa tenteram..

Berjuta kali kita cuba..
Tapi asyik kecundang di tengah jalan..


Semua jadi buntu..
Apa nak buat ?
Kita pun tak tahu..

Apa kata..
Hari ini..
Kita bangkit..
SAMA-SAMA..
Seorang ?
Nanti kita rebah..

Awak salah,
Saya tegur..
Saya salah..
Awak tegur..
Biar kita SAMA-SAMA jadi lebih baik..
Biar nanti lahir syabab dan nisa' Islam
yang hebat-hebat..

Mengeluh,
Merungut,
Nanti kita tak akan ke mana-mana..
Hanya duduk di takuk yang sama..

Janji dengan saya..
Saya pun janji dengan awak..
Kita harungi semua ni..
SAMA-SAMA...

Kita letak Allah,
Sebagai tujuan kita,,
Nanti semuanya jadi mudah belaka..

Kalau ada badai pun..
Kita tak akan mudah tumbang kan ?
Sebab saya ada awak..
Awak ada saya..
Kita ada Allah..

1 + 1 = 3



p/s : Simbol + tu adalah keimanan.. Saya dapat daripada novel Sinergi, karya Hilal Asyraf.. Maniskan bila ukhuwah itu dibina atas keimanan... (: N.H..