S E R E N I T Y
A L I A S O L E H


Me?
Down to earth, yet is reaching high to the sky. Allahumma Ameen.


L I G H T . U P



G R A C I A S



Edited By: Suhaila
Full-Edit by: AqilaPanjang

|

I Love You Dear ( Part 2 )

Salam..
Hai, tak pernah-pernah saya buat dua posts dalam 1 hari.. Tapi tak apa...tak susah pun..Ada bhg 1 dan 2 pula..macam drama...^_^

Kalau dalam post yang lepas, saya ada cerita mengenai gambaran dan kriteria couple, pasangan lovey-dovey yang sedang asyik dilamun 'cinta'.. Hehe.. suka saya ingatkan, saya tiada pengalaman ya... Jangan salah anggap pula...

When you hear the word 'love', it is actually the most purest, greatest feeling that Allah had given.. Every single normal person will have this feeling.. But, what about the teenage love? Is it true..or it's just the 'monkey love' a.k.a cinta monyet lah ye..(saja nak 'speaking' sikit).. I don't know..
Every human being wants to be loved by someone, to get attention from someone, and to be able to love someone..

Saudara / Saudari, apabila tiba-tiba je kita mula suka dan jatuh hati kepada seseorang, ingatlah bahawa cinta Allah itu jauh lebih agung, tujuan hidup kita adalah untuk mengejar cinta Allah.. Kalau tak, sia-sia jela hidup kat muka bumi ni..

"Tapi, saya tak buat benda-bendak tak elok pun, setakat sms je, tazkirah lagi tau, jumpa pun tak pernah, apa yang salahnya ?'
Hmm..awalnya memanglah tak buat apa-apa, tapi kenalah ingat, bahawa syaitan tu sentiasa ada, tak putus-putus menggoda, mula-mula tazkirah, lepastu...??daripada tak buat apa-apa, terbuat apa-apa pula..Na'uzubillah..

"Habis tu nak buat macam mana?  Hati dah suka..."
Alihkan rasa cinta tu kepada Allah..cuba dampingi Dia..Nikmatnya akan terasa jauh lebih besar daripada mencintai manusia.. Cubalah qiyamullail..satu malam saja dulu pun tak apa...Gerenti rasa lain punya..Tak percaya ? Cubala buat..

Kenapa perlu buang masa bercinta, andai masa depan pun tak terjamin cerahnya, kenapa perlu buang air mata, menangisi kegagalan dalam cinta sementara, kenapa perlu membazir duit berpuluh ringgit (mungkin takla sampai beribu, sebab duit belanja pun mak yang bagi lagi) hanya untuk menemani si dia..

Kenapa tak penuhi masa bercinta dengan Yang Esa, kenapa tidak buang air mata, mengenangkan segala dosa, kenapa tidak berkorban harta di jalanNya dan berusaha mendapatkan syurga..

Wassalam..

p/s : Remaja macam kita, yang masih dikira bawah umur, usah buang masa ber'couple'. Mohon diperbetulkan andai ada yang tersilap..Mohon maaf andai ada yang terguris..

Labels: