
|
A L I A S O L E H ![]()
| I Love You Dear ( Part 2 ) Salam.. Hai, tak pernah-pernah saya buat dua posts dalam 1 hari.. Tapi tak apa...tak susah pun..Ada bhg 1 dan 2 pula..macam drama...^_^ Kalau dalam post yang lepas, saya ada cerita mengenai gambaran dan kriteria couple, pasangan lovey-dovey yang sedang asyik dilamun 'cinta'.. Hehe.. suka saya ingatkan, saya tiada pengalaman ya... Jangan salah anggap pula... When you hear the word 'love', it is actually the most purest, greatest feeling that Allah had given.. Every single normal person will have this feeling.. But, what about the teenage love? Is it true..or it's just the 'monkey love' a.k.a cinta monyet lah ye..(saja nak 'speaking' sikit).. I don't know.. Every human being wants to be loved by someone, to get attention from someone, and to be able to love someone.. Saudara / Saudari, apabila tiba-tiba je kita mula suka dan jatuh hati kepada seseorang, ingatlah bahawa cinta Allah itu jauh lebih agung, tujuan hidup kita adalah untuk mengejar cinta Allah.. Kalau tak, sia-sia jela hidup kat muka bumi ni.. "Tapi, saya tak buat benda-bendak tak elok pun, setakat sms je, tazkirah lagi tau, jumpa pun tak pernah, apa yang salahnya ?' Hmm..awalnya memanglah tak buat apa-apa, tapi kenalah ingat, bahawa syaitan tu sentiasa ada, tak putus-putus menggoda, mula-mula tazkirah, lepastu...??daripada tak buat apa-apa, terbuat apa-apa pula..Na'uzubillah.. "Habis tu nak buat macam mana? Hati dah suka..." Alihkan rasa cinta tu kepada Allah..cuba dampingi Dia..Nikmatnya akan terasa jauh lebih besar daripada mencintai manusia.. Cubalah qiyamullail..satu malam saja dulu pun tak apa...Gerenti rasa lain punya..Tak percaya ? Cubala buat.. Kenapa perlu buang masa bercinta, andai masa depan pun tak terjamin cerahnya, kenapa perlu buang air mata, menangisi kegagalan dalam cinta sementara, kenapa perlu membazir duit berpuluh ringgit (mungkin takla sampai beribu, sebab duit belanja pun mak yang bagi lagi) hanya untuk menemani si dia.. Kenapa tak penuhi masa bercinta dengan Yang Esa, kenapa tidak buang air mata, mengenangkan segala dosa, kenapa tidak berkorban harta di jalanNya dan berusaha mendapatkan syurga.. Wassalam.. p/s : Remaja macam kita, yang masih dikira bawah umur, usah buang masa ber'couple'. Mohon diperbetulkan andai ada yang tersilap..Mohon maaf andai ada yang terguris.. Labels: Teenage Life I Love You Dear.. Salam.. Hmm..hari ni buka fb..banyak yang menulis status jiwang-jiwang.. Nak bercerita tentang love and couple.. I really don't have the experience.. Well,, what I can say is that there's actually no wrong in liking someone ( note that I wrote LIKING ). Of course, love towards Allah, Rasulullah parents, and family is a must.. But what I mean with `someone' is ..well you know.. To be honest, I happened to like someone too.. It's a common thing as a normal human being going through the teenage phase.. But I never told anyone, and I really don't think about it too much.. ( kenapa tiba-tiba cakap bhs inggeris pulak ni?? )Mmm.. tapi tak adalah samapi makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.. Mungkin seronok rasanya apabila khabar kite sering ditanya, handphone kita berbunyi setiap masa, bila dapat pesanan drp yang teristimewa.. dan yang boleh buat girls cair bila keluar ungkapan yang sweet je drp mulut si die.. Mungkin juga ada yang bangga bila diri itu sudah berpunya..boyfriend or girlfriend.. The moment he/she says 'I love you dear' may be the best moment ever.. Tapi apa yang tak seronoknya ialah bila syaitan akan selalu menggoda, bila di buku amalan tercatat dosa, bila kite terlalu lalai dengan pakwe dan makwe kita.. Masa bercinta, memang seronok sentiasa, tapi bila teringat dosa, manis lagikah cinta?? Terang-terang bahawa couple itu satu dosa..Kenapa dibuat juga.. Memang kita tak buat apa-apa pun, tapi ber'couple' ibarat selangkah mendekati zina.. Mungkin ramai yang akan menafikan..tapi itulah yang sebenarnya.. Siapa kita untuk melawan hukum Allah? Beranikah kita menentang undang-undang Nya ? Sudah kentalkah badan kita untuk manahan perit api neraka..?? Syaitan akan berusaha menggoda kerana itulah kerjanya..mana ada kerja lain lagi dah..tak ada siapa yang nak hire dia..Mula-mula sms, kemudian berjumpa, sentuh tangan,, lepas tu ambil gambar sama-sama..buat kenangan katanya..lepas tu ?? fikirlah sendiri.. " Ya Allah, ampunkan diriku ini yang banyak berdosa.." Labels: Teenage Life |